Tuesday, 8 March 2011

PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

TARIKH TUTUP : 23 MAC 2011

PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.
  1. Pegawai Tadbir (Tetap)
  2. Kurator (Tetap)
  3. Penolong Kurator (Tetap)
  4. Pembantu Muzium (Tetap)
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Tetap)
  6. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat (Tetap)
  7. Pembantu Akauntan (Tetap)
  8. Ahli Fotografi (Tetap)
  9. Juruteknik (Tetap)
  10. Pereka (Tetap)
  11. Pembantu Keselamatan (Tetap)
  12. Artis Budaya (Kontrak)
  13. Ahli Muzik (Kontrak)

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor, d/a Muzium Sultan Alam Shah, Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam, dengan bayaran RM 2.00 sekeping. Calon-calon yang ingin memohon borang melalui pos mestilah menyertakan sampul surat bersetem RM 1.00, berukuran 26sm x 18sm yang beralamat sendiri dan wang pos sebanyak RM 2.00 di atas namaPerbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.

b) Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan.

c) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

d) Permohonan yang berikut akan DITOLAK :-

i) Tidak menggunakan Borang PADAT (1).

ii) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.

iii) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak terang.

iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

vi) Borang permohonan yang tidak disahkan dan ditandatangani.

vii) Permohonan yang lewat.


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandar Raya,
40000 Shah Alam, Selangor.
( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

( Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat )
Sebelum atau pada : 23 MAC 2011

CATATAN AM

a) Calon-calon yang memohon lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang berasingan.
b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan Penuh, sila download di sini.

No comments:

Post a Comment